Home | Competition Info | Category | Download Forms | Contact us
 

 

PERSEKUTUAN SILAT SINGAPURA (persisi)

KEJUARAAN PENCAK SILAT KEBANGSAAN 2008 (PSK 2008)

(Peringkat pra-remaja, Remaja & Dewasa)

SYARAT & PERATURAN

 

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan 2008 (PSK 2008).

 

2. MATLAMAT

2.1 Mengekalkan dan mengembangkan seni silat dalam bahagian Silat Tanding dan Silat Seni.

2.2 Mengenal pasti serta mencungkil bakat-bakat pesilat dalam dunia persilatan untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

2.3 Menerapkan dasar dan undang-undang terkini dalam dunia persilatan.

 

 

3. PELAKSANA PERTANDINGAN

3.1 Persekutuan Silat Singapura (Persisi) (Singapore Silat Federation) bersempena

Pesta Sukan yang disokong oleh Majlis Sukan Singapura (SSC).

 

4. PENYERTAAN PESERTA

4.1 Perguruan Silat dari Kerabat Persisi – Anggota Biasa.

(Rujukan rekod sekretariat persisi pada 1 HB April 2008)

4.2 Undangan Khas: Pesilat / Pelajar-pelajar dari Sekolah Sukan Singapura (SSS).

 

5•  PESERTA PERTANDINGAN

5.1 Peserta hanya terdiri dari Warganegara Singapura dan Penduduk Tetap

Singapura sahaja.

5.2 Pesilat-pesilat yang bertanding mestilah mempunyai dokumen kerakyatan serta pengesahan dari Guru Perguruannya serta setiap borang penyertaan mestilah disahkan oleh Persatuan yang menaunginya dengan mempunyai mohor (rubber stamp) persatuan.

5.3•  Mereka mestilah membayar yuran penyertaan semasa menghantar borang penyertaan. Penyertaan hanya diterima sah dengan disertakan yuran penyertaan.

5.4 Setiap peserta mesti disahkan sihat untuk bertanding yang akan dipertanggungjawabkan oleh Pengurus Pasukan dan Guru Perguruan (kedua kategori Seni dan Tanding) . Pihak Penganjur tidak akan menyediakan pemeriksaan doktor semasa pendaftaran .

 

 

6•  TARIKH

6.1•  TAMAT TEMPOH PENGHANTARAN BORANG PERSERTA

 Jumaat, 13 jun 2008 pukul 8.30 malam:

Semua borang-borang harus lengkap dengan pembayaraan

 

6.2 Pendaftaraan dan Timbang Berat badan

(i) isnin hingga Jumaat, 9 – 13 jun 2008

- pukul 9.30 pagi – 12.30 tgh; 2.30 ptg – 6.30 ptg; 7.30 mlm – 9.30 mlm

Pendaftaran dan timbang berat badan (kategori Tanding ) di Pusat Kecemerlangan Silat (SCOE), Bedok. Peserta dimestikan berpakaian silat berwarna hitam.

 

6.3 undian

(I) PADA isnin, 16 jUN 2008 7.45 mlm – 10.30 mlm

 

Undian akan dijalankan untuk kategori Seni berikut dengan dengan kategori

Tanding

 

6.4 MESYUARAT TEKNIS

(Ii) PADA rabu, 18 jun 2008 pukul 8.00 mlm – 10.00 MLM

Mensyuarat & Undian akan jalankan di SCOE. Semua Pengurus Pasukan

dimestikan hadir.

 

6.5 PERASMIAN PEMBUKAAN PSK 2008

jumaat, 20 jun 2008 pukul 7.45 malam

Perasmian PSK 2008 dan mula pertandingan Kategori Tanding di Dewan Sukan Bedok, SSC.

 

•  PERASMIAN PENUTUP PSK 2008

AHAD, 13 JULY 2008 PUKUL 5.00 PTG

Perasmian Penutup PSK 2008 di Dewan Sukan Bedok, SSC

 

•  PERTANDING

Tarikh Waktu Tempat

20hb Jun 2008 7.45 – 9.30 mlm Dewan Sukan Bedok, SSC

22hb Jun 2008 9.00 pagi – 9.30 mlm Dewan Sukan Bedok, SSC

24hb – 27hb Jun 2008 7.45 mlm – 10.00 mlm Pusat Kecermelang Silat

29hb Jun 2008 2.00 Tgh – 9.30 mlm Pusat Kecermelang Silat

1hb – 4hb Juli 2008 7.45 mlm – 10.00 mlm Pusat Kecermelang Silat

6hb Juli 2008 9.00 pagi – 9.30 mlm Dewan Sukan Bedok, SSC

8hb – 11hb Juli 2008 7.45 mlm – 10.00 mlm Pusat Kecermelang Silat

13hb Juli 2008 9.00 pagi – 9.30 mlm Dewan Sukan Bedok, SSC

 

Atas adalah lakaran jadual pertandingan, jadual akan berubah mengikut jumlah peserta.

 

Nota:

(i) Pihak Penganjur Pertandingan berhak menukar jadual pertandingan mengikut keadaan tanpa memberi alasan kepada Pengurus Pasukan. Segala arahan baik secara lisan atau bertulis hendaklah dipatuhi.

(ii) Permohonan penukaran jadual pertandingan oleh Pengurus Pasukan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan, jika permohonan munasabah dan dapat diterima serta dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jika permohonan ditolak, surat-menyurat daripada Pengurus Pasukan berkenaan tidak akan dilayan oleh Jawatankuasa Penganjur Pertandingan.

(iii) Pihak penganjur BERHAK menolak Penyertaan PERGURUAN SILAT jika didapati BORANG PENYERTAAN yang tidak lengkap dan tidak disertakan YURAN PENYERTAAN.

 

7. TEMPAT PERTANDINGAN

7.1 Di SCOE, Bedok / Dewan Sukan SSC.

 

8•  KELAS / KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

8.1 SILAT TANDING

•  Pendaftaran serta timbang berat badan wajib dengan berpakaian silat lengkap yang kering.

•  Setiap Perguruan/Undangan Khas hanya boleh menyerta SATU penyertaan bagi setiap kelas sahaja .

 

 

 

8.1.1.•  Kategori Dewasa Putra (Umur 17 Tahun ke atas hingga ke 40 Tahun

[11 Kelas])

Kelas A : 45kg – 50kg Kelas F : 70kg – 75kg

Kelas B : 50kg – 55kg Kelas G : 75kg – 80kg

Kelas C : 55kg – 60kg Kelas H : 80kg – 85kg

Kelas D : 60kg – 65kg Kelas I : 85kg – 90kg

Kelas E : 65kg – 70kg Kelas J : 90kg – 95kg

Kelas Bebas : 95kg ke atas

 

8.1.2 Kategori Dewasa Putri (Umur 17 tahun ke atas hingga ke 40 Tahun [7 Kelas])

Kelas A : 45kg - 50kg Kelas D : 60kg - 65kg

Kelas B : 50kg – 55kg Kelas E : 65kg - 70kg

Kelas C : 55kg –60kg Kelas F : 70kg - 75kg

Kelas Bebas : 75kg ke atas

 

8.1.3 Kategori Remaja Putra (Umur 14 Tahun ke atas hingga ke 17 Tahun

[13 Kelas ])

Kelas A : 39kg – 42kg Kelas H : 60kg – 63kg

Kelas B : 42kg – 45kg Kelas I : 63kg – 66kg

Kelas C : 45kg – 48kg Kelas J : 66kg – 69kg

Kelas D : 48kg – 51kg Kelas K : 69kg – 72kg

Kelas E : 51kg – 54k Kelas L : 72kg – 75kg

Kelas F : 54kg – 57kg Kelas Bebas : 75kg ke atas

Kelas G : 57kg – 60kg

 

8.1.4 Kategori Remaja Putri (Umur 14 tahun ke atas hingga 17 Tahun [10 Kelas])

Kelas A : 39kg – 42kg Kelas F : 54kg – 57kg

Kelas B : 42kg – 45kg Kelas G : 57kg – 60kg

Kelas C : 45kg – 48kg Kelas H : 60kg – 63kg

Kelas D : 48kg – 51kg Kelas I : 63kg – 66kg

Kelas E : 51kg – 54kg Kelas Bebas : 66kg ke atas

 

 

8.1.5 Kategori Pra-Remaja Putra (Umur 12 tahun ke atas hingga ke 14 Tahun

[13 Kelas])

Kelas A : 28kg – 30kg Kelas H : 42kg – 44kg

Kelas B : 30kg – 32kg Kelas I : 44kg – 46kg

Kelas C : 32kg – 34kg Kelas J : 46kg – 48kg

Kelas D : 34kg – 36kg Kelas K : 48kg – 50kg

Kelas E : 36kg – 38kg Kelas L : 50kg – 52kg

Kelas F : 38kg – 40kg Kelas Bebas : 52kg ke atas

Kelas G : 40kg – 42kg

 

8.1.6 Kategori Pra-Remaja Putri (Umur 12 tahun ke atas hingga ke 14 Tahun

[10 Kelas])

Kelas A : 28kg – 30kg Kelas F : 38kg – 40kg

Kelas B : 30kg – 32kg Kelas G : 40kg – 42kg

Kelas C : 32kg – 34kg Kelas H : 42kg – 44kg

Kelas D : 34kg – 36kg Kelas I :: 44kg – 46kg

Kelas E : 36kg – 38kg Kelas Bebas: 46kg ke atas

 

 

8.2 KATEGORI SENI

8.2.1 Kategori Seni untuk Pra-Remaja, Remaja dan Dewasa Putra & Putri.

(a) Bahagian Tunggal

(b) Bahagian Ganda

(c) Bahagian Regu

 

 

8.3 BAHAGIAN TUNGGAL

8.3.1 Mengikut peraturan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) terkini - Versi Disember 2004, Kongres PERSILAT / Rapat Teknis Negara Pendiri PERSILAT.

8.3.2 Tangan kosong dan bersenjata (parang dan tembung) dalam masa 3 minit tanpa iringan lagu.

8.3.3 Toleransi kelebihan atau kekurangan waktu adalah 5 detik. Bila penampilan lebih atau kurang dari toleransi waktu yang diberikan, akan dikenakan hukuman.

 

8.4 BAHAGIAN GANDA

8.4.1 Mengikut peraturan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) terkini - Versi Disember 2004, Kongres PERSILAT / Rapat Teknis Negara Pendiri PERSILAT.

8.4.2 Pertandingan silat yang menampilkan dua (2) orang pesilat daripada pasukan yang sama.

8.4.3 Saling berhadapan memperagakan kekayaan teknik jurus serang bela pencak silat yang dimiliki secara efektif, artistik dan estetik.

8.4.4 Penampilan dilakukan dengan tangan kosong dahulu dan diikuti dengan tangan kosong / bersenjata (parang dan tembung wajib) dalam masa 3 minit.

8.4.4.1 Disamping kedua senjata diatas, pesilat diperkenankan (optional) menambahkan satu jenis senjata Nusantara seperti : keris, pisau, celurit, sepasang trisula (tekpi).

8.4.6 Toleransi kelebihan atau kekurangan waktu adalah 5 detik. Bila penampilan lebih atau kurang dari toleransi waktu yang diberikan, akan dikenakan hukuman.

 

8.5 BAHAGIAN REGU

8.5.1 Mengikut peraturan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) terkini - Versi Disember 2004, Kongres PERSILAT / Rapat Teknis Negara Pendiri PERSILAT.

8.5.2 Menampilkan Jurus Regu (3 Putra / Putri) daripada pasukan yang sama selama 3 minit

8.5.3 Jurus Regu diperagakan menurut kebenaran teknik serta urutan gerak/jurus, kekompakan, kemantapan dan penjiwaan yang ditetapkan.

8.5.4 Toleransi kelebihan atau kekurangan waktu adalah 5 detik. Bila penampilan lebih atau kurang dari toleransi waktu yang diberikan, akan dikenakan hukuman.

 

 

9 TIMBANG / TIMBANG ULANG (kategori tanding)

9.1 Pada pertimbangan yang pertama (rasmi) berat badan pesilat berkenaan mesti berada didalam kelasnya yang telah didaftarkan dengan memakai pakaian silat yang kering tanpa pelindung badan dan pelindung kemaluan.

9.2 Semua pesilat mesti menjalani timbang ulang 15 minit sebelum setiap pertandingan. Pada penimbangan ulang 15 minit sebelum bertanding, pesilat memakai pakaian silat tanpa pelindung badan.

9.3 Tolenrasi berat badan tidak dibenarkan.

9.4 Pesilat yang gagal mengekalkan berat badan dalam kelas yang didaftarkan semasa ditimbang ulang akan dibatalkan untuk bertanding seterusnya.

 

 

10. KIRAAN UMUR

•  Umur peserta dikira antara

•  12 tahun ke atas hingga 14 tahun untuk Pra-Remaja Putra / Putri;

(lahir pada tahun 20 Jun 1994 hingga 20 Jun 1996)

•  14 tahun ke atas hingga 17 tahun untuk Remaja Putra / Putri;

(lahir pada tahun 20 Jun 1991 hingga 19 Jun 1994)

•  17 tahun ke atas hingga 40 tahun untuk Dewasa Putra / Putri

(lahir pada tahun 20 Jun 1968 hingga 19 Jun 1991)

 

 

11. YURAN PENYERTAAN

11.1 Bahagian penyertaan bagi semua Peringkat Putra & Putri :-

(a) Tanding - SIN$10.00 setiap kelas.

(b) Tunggal - SIN$10.00 seorang.

(c) Ganda - SIN$20.00 sepasukan.

(d) Regu - SIN$30.00 sepasukan.

 

11.2•  Bayaran boleh dibuat secara wang tunai atau cek yang berpalang

(crossed cheque) di atas nama ‘SINGAPORE SILAT FEDERATION' di hari pendaftaran dan timbang ulang pada 9hb Jun hingga 13hb Jun 2008. Tarikh penutup menghantar Borang-borang dan bayaran pada 13 Jun 2008 jam 9.30 malam. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan .

 

12. PEMANSUHAN PERTANDINGAN

•  Pesilat yang tidak dapat menunjukkan pada Perkara 5.1, 5.2, 5.3, 5.4 , penyertaannya akan dimansuhkan.

 

•  Setiap kelas/kategori semasa pengundian Perkara 8 – Kelas / Kategori yang dipertandingkan , yang kurang dari 2 peserta/pasukan akan dimansuhkan.

 

 

13. PIALA JUARA SENI & TANDING

•  Pasukan yang menjadi juara dibenarkan menyimpan Piala Juara Seni & Piala Juara Tanding selama sepuluh (10) bulan dan dikembalikan Piala tersebut kepada pihak PERSISI .

 

 

14. PIALA PUSINGAN (Juara Keseluruhan dan Juara Umum)

•  Setiap juara keseluruhan dibenarkan menyimpan Piala Pusingan untuk sepuluh (10) bulan dan dikembalikan Piala Pusingan tersebut kepada PERSISI .

 

 

16. PIALA PUSINGAN (Pesilat terbaik)

•  Pesilat yang memenagi piala tersebut dibenarkan menyimpan Piala Pusingan

untuk sepuluh (10) bulan dan dikembalikan Piala Pusingan tersebut kepada

PERSISI .

 

17. PIALA PUSINGAN (Wasit Juri Tauladan & Harapan))

17.1 Wasit/Juri yang memenagi piala tersebut dibenarkan menyimpan Piala

Pusingan untuk sepuluh (10) bulan dan dikembalikan Piala Pusingan tersebut

kepada PERSISI .

 

 

18. HADIAH - PIALA

15.1 Juara Keseluruhan Pra-Remaja Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.2 Juara Pra-Remaja Silat Seni Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.3 Juara Pra-Remaja Silat Tanding Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.4 Juara Keseluruhan Remaja Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.5 Juara Remaja Silat Seni Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.6 Juara Remaja Silat Tanding Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.7 Juara Keseluruhan Dewasa Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.8 Juara Dewasa Silat Seni Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.9 Juara Dewasa Silat Tanding Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.10 Pesilat Terbaik Pra-Remaja - Sebuah Piala & Replika

15.10 Pesilat Terbaik Remaja - Sebuah Piala & Replika

15.10 Pesilat Terbaik Dewasa - Sebuah Piala & Replika

15.10 Wasit/Juri Tauladan - Sebuah Piala & Replika

15.10 Wasit / Juri Harapan - Sebuah Piala & Replika

15.10 Juara umum I Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.11 Juara umum II Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

15.12 Juara umum III Kebangsaan - Sebuah Piala & Replika

 

16. HADIAH - PINGAT

16.1 Juara setiap Kelas Tanding / Kategori Tunggal :

JUARA I - 1 pingat emas

JUARA II - 1 pingat perak

JUARA III - 2 pingat gangsa (1 gangsa bagi Seni)

 

16.2 Juara Kategori Ganda :

JUARA I - 2 pingat emas

JUARA II - 2 pingat perak

JUARA III - 2 pingat gangsa

 

•  Juara Kategori Regu :

JUARA I - 3 pingat emas

JUARA II - 3 pingat perak

JUARA III - 3 pingat gangsa

 

 

17. ANUGERAH PESILAT-PESILAT TERBAIK

Satu panel terdiri daripada Jawatankuasa Penganjur, Jawatankuasa Teknikal, Ketua Pertandingan dan Dewan Wasit Juri akan menilai dan memilih pesilat-pesilat terbaik untuk semua peringkat berdasarkan beberapa kriteria-kriteria untuk dinobatkan Pesilat Terbaik.

 

 

18 ALAMAT PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN / YURAN

18.1 Borang-borang penyertaan hendaklah dipos atau dihantar ke alamat :-

 

SEKRETARIAT PERTANDINGAN PSK 2008

Singapore Silat Federation

Silat Centre of Excellence

No.7 Bedok North Street 2

#01-01, #02-01

Singapura 469646

 

Tel: 6741 8837 Faks: 6749-3210

 

18.2 Setiap borang mestilah disertakan dengan :

(a) Pengesahan dari Guru Perguruannya daripada Kerabat-Anggota Biasa .

(Rujukan rekod sekretariat persisi pada 1 HB april 2008)

•  Menjelaskan yuran penyertaan.

•  Borang dilengkapi dengan sokongan Presiden/Setiausaha Kerabat-Anggota Biasa serta Mohor (Rubber Stamp) PERSATUAN.

(Rujukan rekod sekretariat persisi pada 1 HB april 2008)

•  PESERTA DI BAWAH UMUR 21 TAHUN MESTI DENGAN IZIN DAN TANDA TANGAN IBU / BAPA / WARIS .

•  2 keping gambar bagi setiap peserta (Jurulatih, Pengurus pasukan & pesilat yang bertanding)

•  Setiap peserta harus memberikan salinan kad pegenalan semasa menghantar borang peryertaan untuk pengesahan

- Umur

- Nama dan ejaan yang sebenar

- Indentiti peserta

 

19 PERALATAN DAN LAIN-LAIN

19.1 Pihak penganjur tidak akan menyediakan atau memberi perkakas atau peralatan kepada petanding termasuk pakaian silat dan juga tidak menyediakan makan minum kepada pasukan yang bertanding kecuali pelindung badan (body protector) dan bengkung biru / merah.

 

19.2 Pihak penganjur hanya akan menyediakan pelindung kaki / tangan untuk Kategori Tanding serta tembung bagi Kategori Seni untuk Pra-Remaja sahaja .

 

 

20 PENGUNDIAN

20.1 Pengundian akan dijalankan keatas semua kategori pertandingan silat pada :- Tarikh : Isnin, 16 Jun 2007 (Seni & Tanding)

Masa : 7.45 petang – 10.30 malam

Tempat : Pusat Kecemerlangan Silat (SCOE), Bedok.

 

20.2 Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus dari setiap perguruan yang mengambil bahagian mesti hadir semasa pengundian.

 

 

20.3 Anggota Jawatankuasa Penganjur / Teknis PSK 2007 berhak membuat pengundian bagi pihak Pengurus Pasukan yang tidak hadir dan pengundian yang telah dijalankan adalah muktamad.

 

 

21 MESYUARAT TEKNIS

21.1 Pihak penganjur akan memanggil Pengurus / Penolong Pengurus pada bila-bila masa bagi:-

(a) Pengundian

•  Taklimat pertandingan

(c) Jadual pertandingan

(d) Menyelesaikan kerumitan teknikal, jika ada.

 

 

22 PENGURUS PASUKAN

22.1 Setiap perguruan silat yang mengambil bahagian dikehendaki menamakan seorang Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus Pasukan di Borang Penyertaan / Pembayaran peserta/pesilat. Pihak penganjur tidak akan berurusan selain dari nama yang tercatit dalam borang tersebut.

 

•  Pengurus Pasukan / Penolong Pengurus tidak boleh ditukar ganti tanpa

pengesahan dari pihak penganjur.

 

22..1 JUMLAH PENGURUS & JURULATIH PASUKAN

22.1.1 Jumlah Pengurus & Jurulatih seperti berikut:

 

a) Sekiranyna perguruan tersebut menghantar jumlah perserta seperti berikut:

60 hingga 100 perserta bagi semua kategori (Dewasa, Remaja & Pra-Remaja)

Perguruan tersebut hanya dibenarkan menghantar 6 pengurus pasukan & 6

jurulatih SAHAJA

 

b) Sekiranyna perguruan tersebut menghantar jumlah perserta seperti berikut:

30 hingga 60 perserta bagi semua kategori (Dewasa, Remaja & Pra-Remaja)

Perguruan tersebut hanya dibenarkan menghantar 3 pengurus pasukan & 3

jurulatih SAHAJA

 

 

c) Sekiranyna perguruan tersebut menghantar jumlah perserta seperti berikut:

10 hingga 30 perserta bagi semua kategori (Dewasa, Remaja & Pra-Remaja)

Perguruan tersebut hanya dibenarkan menghantar 2 pengurus pasukan & 2

jurulatih SAHAJA

 

d) Sekiranyna perguruan tersebut menghantar jumlah perserta seperti berikut:

1 hingga 10 perserta bagi semua kategori (Dewasa, Remaja & Pra-Remaja)

Perguruan tersebut hanya dibenarkan menghantar 1 pengurus pasukan & 1

jurulatih SAHAJA

 

23 BANTAHAN / PROTES

23.1 Bantahan / Protes (untuk Kategori Tanding sahaja) akan dilayan dalam masa 10 minit setelah keputusan pertandingan diumumkan oleh Ketua Pertandingan.

 

23.2 Setiap bantahan atau protes mengenai keputusan yang dibuat oleh Ketua Pertandingan hendaklah dibuat melalui Borang Protes dengan disertakan wang tunai SIN$250.00 . Resit bayaran akan diberikan oleh penganjur.

 

23.2 Wang protes tidak akan dikembalikan.

 

 

24 KEPUTUSAN PERTANDINGAN

24.1 Segala keputusan pertandingan disahkan oleh Ketua Pertandingan.

 

24.2 Jawatankuasa Teknikal dan Ketua Pertandingan berfungsi sebagai Juri Rayuan yang diambil sebagai yang memberi kata putus atas segala sesuatu bantahan atau protes.

 

24.3 Keputusan yang dibuat dan diumumkan Ketua Pertandingan adalah muktamad.

 

 

25 KECEDERAAN DAN KEHILANGAN

25.1 Segala kecederaan dan kehilangan yang berlaku keatas para petugas dan peserta adalah diluar tanggungjawap pihak Penganjur.

 

 

26 PERLANTIKAN PARA PETUGAS

26.1 Semua anggota petugas yang menjayakan Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan 2007 dilantik oleh Jawatankuasa Pentadbir (JKP) Persisi.

 

 

27 ASPEK PERTANDINGAN

27.1 Semua aspek pertandingan berdasarkan Peraturan dan Undang-undang Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) dan jika terdapat masalah di luar peraturan dan undang-undang maka keputusan pihak Penganjur adalah muktamad.

 

28 LAIN-LAIN PEKARA

Diharapkan semua perguruan dapat berkerja sama untuk memberikan ‘Lencana' perguran semasa pendaftaran dan timbang ulang peserta pada tanggal 9hb hingga 13hb Jun 2008.

 

 

SEKRETARIAT

KEJUARAAN PENCAK SILAT KEBANGSAAN 2007 (PSK 2008)

Peringkat pra-remaja, Remaja dan Dewasa